Sukan komanwel, Lee Chong Wei dan beregu campuran mara ke akhir

NEW DELHI 12 Okt. – Pemain no. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak mempunyai masalah untuk mara ke perlawanan akhir badminton perseorangan Sukan Komanwel ke-19 di sini petang ini.

Chong Wei mengambil masa hanya 24 minit untuk menundukkan pemain tuan rumah, Chetan Buradagunta 21-11, 21-12, sekali gus mencerahkan harapan untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya lalu.

Sebelum itu, pasangan beregu campuran negara, Koo Kien Keat/Chan Eei Hui juga mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan gandingan Singapura, Chayut Triyachart/Yao Lei 19-21, 21-16, 21-18.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share lerr....

Subscribe / Share

adminsukan tagged this post with: , Read 195 articles by

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL