Peluang Chong Wei pertahan juara

Simon paksa bertarung tiga set sebelum bertemu Hyun-Il di final Terbuka Macau

BAGAI dijangka, Lee Chong Wei kekal dalam misi mempertahankan kejuaraannya apabila melangkah ke perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Macau selepas memerah keringat mengenepikan pemain Indonesia, Simon Santoso 21-12, 18-21, 21-12, semalam.

http://s.bebo.com/app-image/8021163786/5411656627/PROFILE/i.quizzaz.com/img/q/u/08/05/11/Lee_Chong_Wei.jpg

Hikmat pedang tanpa batasan!

Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan, dipaksa bergelut oleh pilihan keempat itu selama 58 minit sebelum mengesahkan kemenangan pada set penentuan untuk menempah pertembungan dengan perseorangan Korea Selatan, Lee Hyun-Il pada aksi final, petang ini.

Hyun-Il, pemain bukan pilihan mara selepas mengenepikan pilihan kelima dari Thailand, Boonsak Ponsana dalam aksi straight set selama 48 minit, 21-18, 21-18, 21-17.

Terdahulu, Chong Wei – peserta tunggal negara yang kekal beraksi – meraih kemenangan mudah pada set pertama 21-12 tetapi ditentang sengit Simon pada set kedua.

Selepas 10 kali terikat, Simon membuat pertukaran mata selepas kedudukan 18-18 dengan meraih tiga mata akhir untuk mengesahkan kemenangan, sekali gus mengheret jaguh negara itu ke set penentuan.

Chong Wei kembali meraih `sentuhan’ apabila mendahului 9-0 pada set ketiga sebelum Simon mencuri tujuh mata selepas servis bertukar tangan menjadikan kedudukan 10-7. Namun pada kedudukan 16-12, Chong Wei membuktikan kejaguhannya dengan menambah lima mata akhir.
Sementara itu, aksi di final beregu campuran dikuasai Indonesia dengan pertemuan sesama sendiri gandingan Hendra Aprida Gunawan-Vita Marissa dan Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir.

Beregu wanita Indonesia, Meiliana Jauhari-Greysia Polii pula berdepan cabaran pasangan Taiwan, Cheng Wen Hsing-Chien Yu Chin manakala perseorangan wanita Indonesia, Adriyanti Firdasari bertemu satu-satunya pemain China, Li Xuerui.

Dalam acara beregu lelaki, pasangan Indonesia, Chandra Alvent Yulianto-Hendra Aprida Gunawan berentap dengan gandingan Korea Selatan, Ko Sung-hyun-Yoo Yeon Seong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share lerr....

Subscribe / Share

adminsukan tagged this post with: , Read 195 articles by

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL