HOCKENHEIM 24 Julain — Sebastian Vettel dari Jerman mengenepikan Fernando Alonso untuk meraih petak utama Formula Satu (F1) Grand Prix Jerman hari ini.
Vettel dari pasukan Red Bull mencatat masa 0002 saat lebih pantas berbanding Alonso (Ferrari) bagi membolehkannya meraih petak utama keenam musim ini.
Petak ketiga diraih seorang lagi pelumba Ferrari, Felipe Massa dan Mark Webber dari Red Bull melengkapkan kedudukan dua petak depan menjelang perlumbaan sebenar esok. – AP

