Zulmazran longlai

WALAUPUN sudah melakukan yang terbaik, catatan buruk bawah 200 sepanjang enam permainan kelayakan buat Zulmazran Zulkifli dan Adrian Ang meranapkan impian dua pemain bowling negara untuk mara ke separuh akhir perseorangan pada Kejohanan Tenpin Bowling Lelaki Dunia di Dream Bowl Palace, Munich kelmarin.

Zulmazran muncul peserta terbaik negara apabila mengumpulkan 1,256 untuk berkongsi tempat ke-36 dengan bekas juara dunia, Tore Torgerson dari Norway dan Chao Jian Du dari China.

Permulaan rendah 151 menjejaskannya dengan hayunan 213, 267, 212, 203, 210 gagal menjulangnya ke kedudukan empat teratas. (more…)

Terengganu idam melangkah ke final Piala Malaysia

KUALA LUMPUR – Berbanding musim lalu, Terengganu semakin mengukuhkan cengkaman dalam Liga Super dan Piala FA, selepas mendapat sentuhan jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti.

Menduduki tangga ketiga liga dan layak ke separuh akhir Piala FA musim ini, skuad Penyu layak diangkat pencabar berwibawa dalam kempen Piala Malaysia selain Selangor dan Kelantan.

Apatah lagi diundi bersama Kuala Lumpur, Pahang dan Sabah di dalam Kumpulan B, Terengganu diramal mudah melepasi peringkat suku akhir.

Irfan awal-awal lagi menyatakan hasratnya untuk membawa Terengganu sekurang-kurangnya melangkah ke perlawanan akhir, sebagai sasaran paling minimum.

”Dalam saingan Liga Super dan Piala FA, saya berjaya memperbaiki pencapaian Terengganu berbanding musim sebelumnya.

”Jadi, saya harap mampu meletakkan Terengganu ke satu tahap lebih baik, semasa dibimbing Ken Worden musim lepas, yang mana mereka berjaya mara ke separuh akhir dan sudah tentu kali ini, saya mahu membawa mereka ke perlawanan akhir,” katanya semalam.

Terengganu akan membuka tirai saingan Piala Malaysia bertemu jiran dari Pantai Timur, Pahang pada 14 September ini. (more…)

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL