Manchester kenduri gol di Old trafford!

BERBATOV (kanan) merai jaringan ketiganya bersama Michael Carrick ketika menentang Blackburn di Old Trafford, malam tadi. United menang 7-1.

BERBATOV (kanan) merai jaringan ketiganya bersama Michael Carrick ketika menentang Blackburn di Old Trafford, malam tadi. United menang 7-1.

Berbatov ledak lima gol!

Berita gembira buat penyokong kipas susah mati Manchester United! Manchester United melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan dua mata mengatasi Arsenal apabila membelasah Blackburn Rovers 7-1, di Old Trafford, malam tadi.

Penyerang United dari Bulgaria, Dimitar Berbatov meledakkan lima gol sementara Nani dan pemain tengah Korea Selatan, Park Ji-sung melengkap kemenangan besar Red Devils. Christopher Samba menjaringkan gol sagu hati Blackburn tujuh minit sebelum permainan berakhir.

Terdahulu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata pasukannya berjaya menamatkan sindrom yang sedang terbentuk dalam pasukannya selepas kemenangan 4-2 di Aston Villa melenyapkan parut kekecewaan dua kekalahan berturut-turut. (more…)

Berhujung minggu

Ingin mengucapkan selamat bercuti dan berhujung minggu..

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL