Korea dedah rahsia kejayaan bola sepak

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, semalam membongkar rahsia bagaimana Korea Selatan mampu meninggalkan Malaysia terlalu jauh untuk muncul antara gergasi bola sepak dunia.

Katanya, Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) mempunyai peruntukan tahunan yang melebihi 10 kali ganda besar berbanding peruntukan tahunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Razali yang dalam lawatan empat hari ke negara Asia Timur itu mengakui, keadaan tersebut mewujudkan perbezaan ketara dalam program pembangunan dan persediaan skuad kebangsaan antara kedua-dua buah negara.

“Malah, jumlah yang diperuntukkan untuk pembangunan bola sepak Korea juga lebih besar daripada bajet tahunan Majlis Sukan Negara (MSN),” kata Razali dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MSN pada hari terakhir lawatan di Seoul, semalam.

Beliau dan delegasi Malaysia, yang turut disertai Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad serta beberapa pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan mengadakan lawatan ke KFA dan Akademi Bola Sepak Kebangsaan Korea di Poju, tempat di mana skuad Olimpik bawah 23 Korea berlatih sebelum bertemu Malaysia, Ahad lalu.

Menurut Razali, KFA mengiktiraf dan memuji kemenangan 1-0 yang dicatatkan Malaysia dalam perlawanan persahabatan sempena 50 tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu dan mahu mencari punca kekalahan.

Dalam lawatan empat hari itu, Razali dan delegasi Malaysia turut melawati Universiti Sukan Kebangsaan Korea (KNSU), Sekolah Pendidikan Fizikal Seoul dan Pusat Latihan Kebangsaan Taereung.

Katanya, lawatan ke KNSU telah membuka satu lembaran baru dalam kerjasama sukan antara Malaysia dan Korea apabila KNSU bersetuju untuk menandatangani perjanjian dua hala dengan MSN di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Malah, mereka juga membayangkan persetujuan untuk mengadakan pengajian berkembar, yang mana KNSU akan membuka cawangan di Malaysia.

Jika ia menjadi kenyataan, maka penubuhan KNSU itu akan membuka lebih peluang kerjaya buat atlet kebangsaan.

“Ini akan mewujudkan peluang lebih luas kepada atlet kebangsaan untuk meneruskan kerjaya mereka dalam bidang akademi dan sukan, di samping dapat terus menyumbang kepada peningkatan prestasi sukan negara,” jelasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share lerr....

Subscribe / Share

adminsukan tagged this post with: Read 195 articles by

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL