Istimewa tangan kidal Lin Dan

KELEBIHAN Lin Dan hanya pada tangan kidalnya,” kata jurulatih perseorangan, Misbun Sidek ketika ditanya apakah sebenarnya keistimewaan juara dunia tiga kali itu hingga anak didiknya, Lee Chong Wei masih terkial-kial menewaskannya.

“Ketika ini, tiada seorang pemain negara dan lawan lain yang mempunyai corak permainan (tangan kiri) seperti Lin Dan. Ini yang menyukarkan Chong Wei menewaskannya ketika bertemu dalam kejohanan antarabangsa.

Ia berbeza dengan Lin Dan yang kerap dan didedahkan menentang pemain tangan kanan seperti Chong Wei. Malah, dalam latihan, dia mempunyai rakan ‘sparring’ yang mempunyai kualiti permainan yang hampir sama dengan Chong Wei sekali gus memudahkannya,” katanya.

Bagaimanapun, Misbun percaya Lin Dan tidak akan ‘kebal’ selamanya dan anak didiknya hanya menunggu detik terbaik untuk menjinakkan bintang China itu.

“Saya yakin Chong Wei mampu menewaskan Lin Dan. Saya kini memfokuskan tumpuan sama seperti yang dilakukan ketika Chong Wei berdepan kesukaran untuk menewaskan Peter Gade dan Taufik Hidayat.

“Kedua-dua pemain itu bukan lagi masalah besar kepada Chong Wei. Jadi, hanya masa yang akan menentukan bila ia akan membuahkan hasil. Saya harap ia berlaku di pentas Kejohanan Dunia di Paris nanti,” katanya.

Kali terakhir Chong Wei menjinakkan Lin Dan pada 15 Mac 2009 dalam Kejohanan Wilson Swiss Super Series, manakala tiga pertemuan terakhir termasuk Piala Thomas, Mei lalu, Chong Wei gagal memberi jawapan terhadap kehebatan bintang negara tembok besar itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share lerr....

Subscribe / Share

adminsukan tagged this post with: , Read 195 articles by

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL