Desas desus mengatakan bahawa torrer mahu dibeli oleh Manchester City hampir menjadi kenyataan.
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini mengakui bersedia mendapatkan Fernando Torres jika penyerang Liverpool berminat ke Eastlands.
Mancini diberi harapan mampu mendapatkan Torres apabila pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson mendedahkan pemain Sepanyol itu tidak berpuas hati dengan kelabnya selepas kempen mengecewakan musim lalu.
Torres bagaimanapun belum mengumumkan sama ada akan bersama pasukan Reds dan Mancini ingin berbelanja besar bagi membawa keluar bekas pemain Atletico Madrid dari Anfield.
Mancini sudah membelanjakan hampir £100 juta (RM495.6 juta) bagi mendapatkan Jerome Boateng, Aleksandar Kolarov, Yaya Toure dan David Silva, tetapi pemilik City yang berpangkalan di Abu Dhabi sedia membayar £50 juta (RM 247.6 juta) bagi mendapatkan Torres, selain memburu pemain tengah Aston Villa, James Milner.
“Torres adalah antara penyerang terbaik di Eropah dan sudah pun beraksi di Liga Perdana Inggeris selama tiga tahun, dan memahami liga ini sebaiknya,” kata Mancini. “Tetapi ia bergantung kepada keadaan, iaitu harga yang ditawarkan dan sama ada dia mahu ke sini.
“Ada dua atau tiga penyerang yang turut menjadi tumpuan, begitu juga dengan James Milner.
“Pertama ia membabitkan harga dan kedua, sama ada dia mahu bertukar pasukan. Sehingga kini, tidak banyak pemain yang dibeli Liverpool,” katanya.
Biarpun pengurus Aston Villa, Martin O’Neill menegaskan dia tidak akan melepaskan Milner melainkan jika City memenuhi nilai sebenar pemain antarabangsa England itu, dipercayai £30 juta (RM148.6 juta), Mancini yakin City tidak mahu terlalu mengikut kehendak pengurus terbabit.
“Apabila City mahukan pemain dengan nilai £10 juta, kelab pula mahukan £20 juta. Ini tidak bagus bagi kami,” kata Mancini.
“Kami masih berminat dengan Milner tetapi pada harga sesuai,” katanya.
Ketika kelab seperti Chelsea, Manchester United dan Arsenal tidak banyak berbelanja ketika musim perpindahan, Mancini terus berbelanja sewenang-wenangnya.

