
Menang tanpa bertanding,
Lee Chong Wei, Menang tanpa bertanding. (dah macam pilihanraya pulak)
KUALA LUMPUR – Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak perlu memerah keringat untuk memperta hankan kejuaraan badminton Grand Prix Emas Terbuka Macau, selepas lawannya, pemain veteran Korea Selatan, Lee Hyun Il menarik diri pada perlawanan akhir, semalam.
Hyun Il, 30, mengalami kecederaan buku lali ketika bertemu jaguh Thailand, Boon sak Ponsana pada separuh akhir kelmarin, namun keputusan untuk menarik diri ha nya dibuat ketika sedang memanaskan ba dan, menjelang pertemuan dengan Chong Wei.
Pengunduran bekas pemain No. 1 Korea itu, yang mengumumkan persaraan selepas tamat Sukan Olimpik 2008, tetapi mem buat kemunculan semula pada Piala Tho mas 2010, Mei lalu memudahkan Chong Wei untuk merangkul kejuaraan keenam nya tahun ini.
Sumber disini.

