Chelsea mengamuk

PEMAIN Chelsea, Florent Malouda (tengah) merai jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang West Bromwich Albion di Stamford Bridge, kelmarin.

PEMAIN Chelsea, Florent Malouda (tengah) merai jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang West Bromwich Albion di Stamford Bridge, kelmarin.

LONDON: Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti beranggapan anak didiknya tidak melakukan ‘apa-apa yang istimewa’ selepas melakar kemenangan hebat dalam perlawanan pembuka tirai musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan membaham West Brom 6-0.

Didier Drogba menyumbat hatrik ketika Chelsea mencatat kemenangan terbesar pada hari pertama saingan EPL di Stamford Bridge, kelmarin.

Kami melakukan tugasan kami,” kata Ancelotti. “Pasukan ini boleh mempamerkan permainan seperti ini, menjaringkan banyak gol. Kami berdepan perlawanan pra-musim yang sukar, tetapi segala-galanya sudah kembali OK. Kami bermain bagus dan saya gembira,” kata jurulatih dari Itali itu.

Chelsea tumpas kepada Ajax, Eintracht Frankfurt, Hamburg dalam perlawanan persahabatan pra-musim dan Manchester United ketika saingan sumbangsih Perisai Komuniti ketika mereka mencanang barisan mantap mempertahankan mahkota kejuaraan liga.

Bagaimanapun, dia menjelaskan kancah Piala Dunia 2010 menyaksikan ramai pemain utama pulang lewat ke kelab dan belum lagi benar-benar meraih kecergasan diharapkan.

“Kita tahu ia agak sukar kerana kami memberi cuti kepada pemain Piala Dunia. Kami memastikan mereka tidak hadir terlalu awal. Mereka perlu masa dan cukup sesi latihan dan mungkin mereka belum 100 peratus tetapi mereka boleh beraksi.

“Permainan mereka boleh ditingkatkan dan dalam masa dua minggu kami akan 100 peratus sedia. Saya fikir ia bakal menjadi saingan EPL amat hebat kerana banyak pasukan akan bersaing di puncak,” katanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share lerr....

Subscribe / Share

adminsukan tagged this post with: , Read 195 articles by

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL