Arsene Wenger tak puas hati dengan bidaan Piala Dunia 2018!!

arsene wenger, arsene wenger angry, arsene wenger manager football arsenal, arsenal, manager football arsenal, shout, people shout

LONDON, 4 Dis – Arsene Wenger menyifatkan keputusan kontroversi FIFA memberikan hak penganjuran Piala Dunia 2018 kepada Rusia dengan membelakangkan England sebagai keputusan ‘Zaman Pertengahan’. Bak kata orang, kira kuno lah dia punya cara pengundian. Kami dari meja sukan, berita sukan terkini pun terasa macam tak berapa nak adillah. bengong!!

Wenger merupakan penyokong rasmi bidaan 2018 England dan video bermesej daripada pengurus Arsenal itu dipertontonkan kepada ahli jawatankuasa FIFA sebagai sebahagian penyampaian bidaan di Zurich.

Bagaimanapun, bidaan England gagal untuk memenangi undian 22 jawatankuasa eksekutif FIFA kelmarin dan tersingkir daripada pusingan pertama undian, yang menjamin Rusia hak untuk menjadi penganjur kejohanan.

Meskipun menerima pujian kerana kekuatan bidaan dan juga penyampaian itu, penantian England sejak kali pertama menganjurkan Piala Dunia sejak 1966 itu akan bersambung sehingga lebih setengah abad lagi. (more…)

Jumlah pungutan pingat dan ranking malaysia Sukan Guangzhao 2010!

Salam semua, kami dari pihak Berita Sukan terkini melaporkan kedudukan yang dah confirm muktamad adalah betul!.

kedudukan terkini pingat sukan asia 2010, ranking sukan asia 2010, guangzhou, sukan asia guangzhou 2010, ranking medal guangzhao 2010

Tahniah buat malaysia kerana mendapat tempat ke 10, dan berjaya mencapai target iaitu 9 emas.

Senarai nama Atlet yang mendapat emas buat negara.

1. Chai Fong Ying (Wushu – Wanita – Taijijian/Taijiquan)

2. Azizulhasni Awang (Berbasikal – Keirin)

3. Alex Liew dan Aaron Kong (Boling – Pasangan Lelaki)

4. Datuk Nicol Ann David (Skuasy- wanita – individu)

5. Mohd Azlan Iskandar (Skuasy- lelaki – individu)

6. Alex Liew (Boling – All-Events)

7. Ku Jin Keat (Karate – Lelaki – Kata)

8. R. Puvaneswaran (Karate – Lelaki – Bawah 55kg)

9. Pasukan Skuasy Wanita – Nicol David, Sharon Wee, Low Wee Wern, Delia Arnold.

Sumber bernama.

Tahniah sekali lagi buat semua kontinjen, yang tak berjaya pun takpa janji ada wakil kan! Majulah sukan untuk negara, dari meja sukan berita sukan terkini.

Page 1 of 81234567»...Last »

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL