Masters Singapura milik Nicol

RATU negara, Datuk Nicol Ann David berjaya merangkul kejuaraan buat kali keempat berturut-turut pada Kejohanan Skuasy Wanita Masters Singapura 2010.

Nicol mengesahkan gelaran tersebut selepas membenam cabaran pemain England, Alison Waters pada aksi final yang berlangsung di Kallang Leisure Mall semalam.

Bagaimanapun, Nicol yang juga pemain No. 1 dunia terpaksa bekerja keras untuk menundukkan Waters yang diletakkan selaku pilihan ketiga kejohanan.

Pada aksi final semalam, Nicol berjaya mencatatkan kemenangan straight set 18-16, 11-9, 12-10 dalam perlawanan yang berlangsung selama 63 minit. (more…)

Nicol buru gelaran keenam

KUALA LUMPUR – Datuk Nicol David melangkah ke perlawanan akhir untuk kali keenam berturut-turut pada Kejohanan Terbuka Malaysia CIMB 2010.

Nicol, yang memburu gelaran keenamnya mengesahkan tiket di babak akhir selepas mempamerkan permainan hebat mengatasi Alison Waters dari England 14-12, 12-10, 6-11 dan 11-7.

“Memang perlawanan dengan Waters selalu sengit dan saya bangga dapat melepasi halangan ini,” kata Nicol yang juga pemain nombor satu dunia selepas diheret bermain selama 64 minit.

Nicol menjelaskan, beliau tidak memikirkan soal gelaran buat kali keenam ketika ini tetapi bangga apabila mara ke final dan mengharapkan saingan menarik menantinya hari ini.

“Saya hanya mahu turun ke gelanggang dan menunjukkan aksi terbaik saya,” katanya.

Nicol, 26, akan menentang pemain England, Jenny Duncalf pada perlawanan akhir selepas pemain nombor dua dunia itu menewaskan lawannya Raneem El Weleily dari Mesir 11-8, 11-5, 8-11 dan 12-10.

Dalam pada itu, peluang Mohd. Azlan Iskandar untuk merampas kembali gelaran dimenanginya pada 2007 cerah apabila membenam pemain bukan pilihan dari Pakistan, Farhan Mehboob dalam separuh akhir lelaki, semalam.

Pilihan keempat tu mempamerkan permainan cemerlang sepanjang 54 minit perlawanan.

Azlan mengungguli 11-7, 11-7, 11-7 meskipun mendapat tentangan garang Farhan.

“Farhan begitu bagus pantas pada perlawanan hari ini dan juga mempunyai teknik yang bagus, oleh itu saya memerlukan taktik bagi mematikan kelebihannya itu.

“Saya berharap mampu mengulangi gelaran di sini seperti mana yang saya genggam pada tahun 2007,” jelasnya.

Pemain berusia 28 tahun itu yang pernah menjuarai Terbuka Malaysia pada 2004 dan 2007 akan bertemu pemain Mesir, Tarek Momen pada penentuan juara hari ini.

Tarek, pilihan ketujuh kejohanan membuat kejutan mengalahkan rakan senegaranya El Shorbagy, 8-11, 13-11, 2-11, 11-4, 12-10 dalam satu lagi separuh akhir.

Sementara itu, Duncalf yang juga pilihan kedua kejohanan berkata, dia berhasrat untuk menumbangkan Nicol kali ini dan menjelaskan pertembungannya dengan pemain nombor satu dunia itu pada tahun ini, adalah ketiga buatnya.

Sepanjang 13 pertemuan menentang Nicol, Jenny hanya menang dua kali sahaja.

“Saya harap mampu menang menentangnya di sini dengan bermain baik serta melakukan permainan yang tenang.

“Lagipun sukar untuk menentangnya kerana dia pemain sempurna daripada segala segi dan seorang pemain yang amat bagus,” jelas Duncalf.

sumber disini.

Page 4 of 4«1234

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL