Azlan Juara skuasy Blunose Classic, kalahkan pemain Mesir

azlan, azlan player squash, azlan handsome,

7 Feb. Tahniah diucapkan buat Pemain skuasy lelaki nombor satu Malaysia Mohd Azlan Iskandar muncul juara pada kejohanan skuasy Blunose Classic di Nova Scotia, Kanada dengan mengalahkan pemain Mesir Hisham Ashour. Pada perlawanan akhir kejohanan itu, Mohd Azlan mengatasi Hisham dengan 11-8, 8-11, 11-9 dan 11-7 dalam permainan yang mengambil masa 53 minit. (more…)

Nicol ann david gagal pertahan juara kejohanan pertama 2011

Nicol buka tirai dengan kekalahan



PEMAIN skuasy wanita No. 1 dunia, Datuk Nicol David gagal dalam percubaannya untuk meraih gelaran juara pertama pada kejohanan anjuran Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa) bagi musim 2011.

Nicol (gambar) kalah kepada pemain England, Laura Massaro 9-11, 7-11, 11-9, 8-11 pada perlawa- nan akhir Kejohanan Cleveland Racquet Classic 2011 yang berlangsung di Cleveland Racquet Club, Ohio, Amerika Syarikat kelmarin.

“Inilah permainan terbaik saya,” kata Massaro ketika mengulas kemenangannya seperti yang tersiar dalam laman web skuasy www.squashsite.co.uk.

Nicol yang menjadi pemain profesional pada 2000, belum pernah kalah kepada Massaro dalam lapan pertemuan mereka sebelum ini.

Pada peringkat separuh akhir kejohanan itu, Nicol, yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Wispa buat kali kelima berturut- turut dua minggu lepas, mengalahkan Annie Au dari Hong Kong 11-5, 11-6, 11-7.

Sebelum berjumpa Nicol pada perlawanan akhir, Massaro selaku pemain no. 9 dunia, menga- lahkan Madeline Perry dari Ireland 11-8, 11-9, 9-11, 11-5.

Page 1 of 41234ยป

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL