Tempoh penggal PHM dilanjut?

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) 18 September ini, dijangka membincangkan cadangan melanjutkan tempoh penggal perkhidmatan ahli jawatankuasa tertinggi, daripada dua tahun ke satu tempoh yang lebih lama.

Timbalan Presiden PHM, Nur Azmi Ahmad berkata, cadangan tersebut ditimbulkan oleh kebanyakan persatuan hoki negeri.

”Ada di antaranya mencadangkan tempoh satu penggal perlu dipanjangkan dari tiga atau empat tahun, berbanding dua tahun ketika ini.

”Pelanjutan tempoh perkhidmatan ini penting supaya semua perkara yang direncanakan PHM atau persatuan negeri, dapat dilaksana tanpa sebarang masalah atau terganggu ekoran pertukaran jawatankuasa pentadbiran yang terlalu kerap,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ketika ini, jawatankuasa tertinggi PHM mengadakan pemilihan dua tahun sekali.

Tambah Azmi, jika perkara itu dapat direalisasikan, ia mampu memberi kesan positif kepada jawatankuasa pentadbiran dalam merangka pembangunan hoki negara. (more…)

Prestasi Sepak takraw negara kita merudum!

Apa nak jadi nie??

MASIH belum mencapai standard. Mungkin itulah gambaran yang dapat diberikan kepada skuad elit sepak takraw negara yang gagal mencipta kejayaan pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thai ke-25 di Chiang Mai kelmarin.

Lebih malang, skuad bimbingan ketua jurulatih Iskandar Arshad itu diaibkan dengan kekalahan 1-2 kepada Korea Selatan pada aksi separuh akhir acara berpasukan.

Kini, Thailand bukan lagi dianggap sebagai musuh utama, sebaliknya beberapa negara kerdil seperti Vietnam, Myanmar dan Jepun mampu menjadi pencabar utama skuad negara.

Lantaran itu, sasaran satu pingat emas pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China pada 12 hingga 27 November depan boleh digambarkan sebagai satu misi sukar.

Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Atlet, Muhamad Asri Abdul Jalil mengakui, kekalahan itu memberi isyarat jelas mengenai situasi sebenar skuad negara.

Skuad negara yang dirombak se- cara besar-besaran awal tahun ini perlu bekerja lebih keras kerana mereka hanya ada masa kira-kira tiga bulan untuk merealisasikan impian itu.

“Kami masih ada masa untuk memperbaiki semua kesilapan ini dan saya yakin kekalahan ini mungkin ada hikmahnya.”

Selain gandingan pemain lama dan baru, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) juga menampilkan barisan kejurulatihan baru yang dianggap berpengalaman. (more…)

Page 2 of 2«12

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL