Kedudukan Berita Sukan Terkini blog SEO contest blog ini!

Nampaknya pesaing blogger untuk keyword Berita Sukan terkni, sudah banyak menanam backlink untuk mendapat tempat pertama di muka pertama page search engine Google. Aku melihat walaupun yang menyertainya dalam lingkungan 10 orang. Tetapi bagi blogger yang lain (otai-otai SEO tuh), ada juga menyertainya.

Bagi aku, ia persaingan yang sihat dan juga sebagai pemangkin semangat untuk berjaya dalam kontest ini. Walaupun peluang untuk menang itu memangla susah sikit. Namun kita tidak boleh berputus asa dalam meningkatkan rank di page pertama untuk keyword Berita Sukan Terkini.

Jom kita tengok kedudukan terkini blog ini. Aku tak sempat nak print screen untuk kedudukan masa 1st day/hari yang berikutnya setelah join contest nie. Tapi aku dah berjaya sekurang-kurangnya. Naik sikit lah kan, mula-mula tak silap aku page yang 6 tuh. Agak jauh lah, kemudian, aku tengok selang berapa hari, dah page yang ke 2. (more…)

Takraw hanya mampu sekadar perak di Guangzhao 2010!

Kita kena bantai!

Credit gambar dari kosmo.com.my

GUANGZHOU: Cita-cita pasukan Malaysia untuk merampas pingat emas dari juara bertahan, Thailand pada perlawanan final acara berpasukan sepak takraw Sukan Asia 2010 tinggal kenanangan lagi! Apabila regu kedua negara tewas 21-15, 21-17, malam tadi.

Keputusan Malaysia 0, Thailand 2.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara sekadar mengekalkan pingat perak yang dimenangi mereka pada temasya 1998, 2002 dan 2006 tetapi gagal mengulangi kejayaan meraih pingat emas Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun.

Jurulatih, Iskandar Arshad berkata, kesilapan mudah yang dilakukan anak-anak buahnya ketika situasi genting menyebabkan kedua-dua regu negara gagal memenangi pertarungan final itu.

“Regu kita tampak kurang baik ketika bertahan disebabkan corak serangan regu Thailand yang begitu menjadi.

“Tiada kesilapan strategi dalam susunan regu. Kita dah melakukan yang terbaik cuma ternyata regu Thailand lebih baik dan berjaya menekan regu kita,” kata Iskandar ketika ditemui selepas perlawanan.

Regu pertama negara yang dibarisi Normanizam Ahmad (tekong), Futra Abd. Ghani (apit kanan) dan Ariff Ramli (apit kiri) tewas kepada Kriangkrai Kaewmian, Anuwat Chaichana dan Pattarapong Yupadee dengan 16-21, 10-21 dalam masa 48 minit. (more…)

Page 1 of 212ยป

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL