The reds harus hormati Houllier

gerrad houllierLONDON – Roy Hodgson menegaskan bahawa Liverpool sebenarnya terhutang budi dengan Gerard Houllier ( gambar ) sambil menasihatkan peminat Aston Villa supaya memberi lebih masa kepada pengurus tersebut mengubah nasib kelab mereka musim ini.

Ia bakal menjadi satu lagi pertemuan penuh emosi bagi Houllier di Anfield awal pagi ini di mana The Reds akan menyambut ketibaan bekas pengurus yang pernah membimbing mereka memenangi enam trofi.

Hodgson yang mengambil alih tugas daripada pengganti kepada pengurus dari Perancis itu, Rafael Benitez sedar Liverpool perlu menyambut kehadiran Houllier di Anfield dengan baik.

Kelab Midlanders itu berkunjung ke Anfield dengan prestasi yang kurang menyakinkan selepas hanya memenangi dua dan kalah enam daripada 11 perlawanan terakhir mereka. Meskipun tewas dalam tiga perlawanan terakhir termasuk kepada Birmingham pada suku akhir Piala Liga, Hodgson tetap yakin rakan lamanya itu mampu menyelamatkan masa depan Villa.

“Gerrard menjalankan tugas dengan baik di Liverpool,” katanya. (more…)

Arsene wenger bangga dengan aksi Luar Biasa Nasri menentang Fulham!

nasri, arsenal, the gunners, amir nasri, arsene wenger

Berita Sukan Terkini.

LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya masih banyak lagi kehebatan yang akan dipamerkan oleh Samir Nasri (gambar) selepas pemain perancang itu membantu Arsenal melonjak ke tangga teratas Liga Perdana England, kelmarin.

Nasri mempamer kemahiran yang menakjubkan ketika meledakkan dua gol untuk The Gunners yang menewaskan Fulham 2-1.

Dua gol tersebut sudah cukup untuk menghadiahkan tiga mata kepada pasukannya dan ia melegakan Wenger selepas Fulham berjaya menyamakan kedudukan menerusi Diomansy Kamara.

“Ia satu kombinasi yang sempurna, kebijaksanaan, bakat yang istimewa dan juga ketenangan daripada Nasri,” kata Wenger. (more…)

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL