Benitez umpan RM162j pancing Fabregas
LONDON: Telinga Arsene Wenger kembali pedih, semalam dengan perkhabaran terbaru betapa Inter Milan dikaitkan dengan usaha mahu memancing kapten Arsenal, Cesc Fabregas dengan tawaran lumayan, £32.5 juta (RM162 juta).
Angka itu hampir sama dengan tawaran oleh Barcelona yang bagaimana pun ditolak oleh pengurus kelab The Gunners itu awal musim panas ini.
Turut menjadi perkembangan menarik ketika jendela perpindahan pemain ditutup, hari ini adalah usaha Manchester United mahu mendapatkan khidmat Jack Rodwell – pemain tengah berusia 19 tahun dari Everton dengan nilai £10 juta (RM50 juta).
Impian Inter tampak pudar dalam saat genting ini tetapi ia tampak tidak menyekat pengendali kelab berbangsa Sepanyol, Rafael Benitez untuk mengejar pembelian terakhir itu.
Tawaran Inter bagi Fabregas dikatakan sekitar £28.5 juta (RM142 juta) termasuk bekas pemain tengah Portsmouth, Sulley Muntari tetapi pemain Ghana itu mungkin dipindahkan ke kelab lain andai Wenger tidak berminat. (more…)

