
LONDON – Wayne Rooney mempamerkan kemahiran permainan paling tinggi apabila melakukan sepakan akrobatik untuk membantu kemenangan 2-1 Manchester United ke atas Manchester City di Old Trafford, semalam.
United mendahului permainan menerusi pemain Portugal, Nani pada babak pertama, namun kedudukan itu tidak lama apabila kaki David Silva terkena bola rembatan Edin Dzeko ke gawang tuan rumah untuk mengikat kedudukan 1-1. (more…)

