ZINEDINE Zidane sudah memulakan tugas barunya sebagai perantara antara skuad Real Madrid dengan presiden kelab, Florentino Perez.
Zidane, yang menghabiskan lima tahun beraksi buat Real, tidak akan berada di kalangan kakitangan Jose Mourinho tetapi akan bekerja dengan jurulatih berbangsa Portugis itu secara harian.
Kata Mourinho: “Zidane adalah Zidane – ia sendiri sesuatu yang positif. Dia akan mampu rapat dengan pemain dan menjalinkan hubungan yang pastinya bagus buat mereka.”
Hanya beberapa hari selepas dinamakan sebagai penasihat presiden, Zinedine berbicara dalam satu temuramah mengenai peranan barunya dengan kelab itu. (more…)


