Wan jamak jurulatih kedah??

Teka teki akhirnya terjawab, apabila wan jamak wan hasan menjadi jurulatih kedah untuk mengemudi skuad kenari

Bekas jurulatih Negeri Sembilan itu akan diperkenalkan dalam dalam satu majlis di Stadium Darul Aman, hari ini pukul 5 petang iaitu kurang empat jam sebelum sepak mula Kedah menentang Harimau Muda A dalam Liga Super. (more…)

Pemain dapat rm50 K lagi!! Kemenangan Piala AFF 2010!!

REZEKI barisan 22 pemain yang membawa Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 pada 29 Disember lalu terus bertambah.

Semalam, kesemua 22 pemain itu serta ketua jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menerima RM50,000 setiap seorang daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai ganjaran menjulang trofi terunggul Asia Tenggara itu buat kali pertama selepas 14 tahun.

Ganjaran tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pada satu majlis khas yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

“Saya cukup gembira kerana selepas berjaya memenangi pingat emas Sukan SEA 2009, kita berjaya pula menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 setelah menanti selama 14 tahun.

“Para pemain telah memberi sepenuh jiwa raga mereka untuk memenangi piala ini. Kita semua patut berasa bangga dengan kejayaan ini,” titah Sultan Ahmad Shah ketika ditemui selepas majlis tersebut. (more…)

Page 2 of 29«1234567»1020...Last »

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL