Simon paksa bertarung tiga set sebelum bertemu Hyun-Il di final Terbuka Macau
BAGAI dijangka, Lee Chong Wei kekal dalam misi mempertahankan kejuaraannya apabila melangkah ke perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Macau selepas memerah keringat mengenepikan pemain Indonesia, Simon Santoso 21-12, 18-21, 21-12, semalam.

Hikmat pedang tanpa batasan!
Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan, dipaksa bergelut oleh pilihan keempat itu selama 58 minit sebelum mengesahkan kemenangan pada set penentuan untuk menempah pertembungan dengan perseorangan Korea Selatan, Lee Hyun-Il pada aksi final, petang ini.
Hyun-Il, pemain bukan pilihan mara selepas mengenepikan pilihan kelima dari Thailand, Boonsak Ponsana dalam aksi straight set selama 48 minit, 21-18, 21-18, 21-17.
Terdahulu, Chong Wei – peserta tunggal negara yang kekal beraksi – meraih kemenangan mudah pada set pertama 21-12 tetapi ditentang sengit Simon pada set kedua. (more…)