
Bristol ikat Davic James
Penjaga gawang England, David James sah menyertai pasukan dari Liga Championship dengan ikatan kontrak selama satu musim.
James, 39 membuat tiga kemunculan di Piala Dunia melepasi ujian kecergasan Jumaat lalu setelah meninggalkan Portsmouth yang tergelincir dari kelompok elit Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Penjaga gol itu bakal membuat penampilan bersama Bristol apabila menentang Blackpool dalam perlawanan persahabatan pra musim.
“Saya mendapat tawaran untuk terus kekal dalam EPL tetapi yang lebih penting adalah bermain bola sepak, terutama kecintaan saya kepada kelab dan keluarga.
“Saya bercakap panjang dengan pengerusi Steve Lansdown dan dia menyatakan tentang pasukan dan cita-cita. Saya mengetahui perancangannya untuk membina stadium baru dan menyasarkan layak ke EPL musim depan.
James, sebelum ini dikaitkan dengan Celtic tetapi mengubah haluan ke The Robins.

