Bam bantu selesai masalah Datuk Misbun

http://www.best2patch.com/patchcatalog/patch/Sport/BAM%20-%20BADMINTON.jpg

Hurm , apa nak jadi nih???

KUALA LUMPUR – Selepas pelbagai usaha dilakukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyelesaikan isu perletakan jawatan jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek, badan badminton negara itu akhirnya akur mereka menemui jalan buntu.

Jurulatih berusia 51 tahun itu masih tidak menyatakan pendiriannya – sama ada mahu kembali ke pangkuan skuad kebangsaan atau tidak, malah tidak juga menjelaskan apa yang sebenarnya beliau mahu daripada BAM.

Meskipun sudah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Datuk James Selvaraj baru-baru ini, namun tiada sebarang keputusan dicapai kerana jurulatih Misbun tidak menyatakan apa yang dimahukan daripada BAM.

James ketika dihubungi dan ditanya mengenai hasil pertemuan tersebut enggan mengulas banyak, sebaliknya hanya berkata: “Tiada apa-apa yang konkrit dicapai dan saya tidak tahu apa sebenarnya yang beliau (Misbun) mahu.”

Menurut James, beliau tidak tahu apa lagi yang hendak dijelaskan setiap kali dihubungi oleh media yang mahu mengetahui perkembangan isu berkenaan kerana baginya, hampir tiada perkembangan berlaku sekalipun pertemuan Misbun dan Presiden BAM, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Salleh sebelum ini seolah-olah membawa petanda positif.

“Saya juga fikir ia (pertemuan Misbun dengan Nadzmi) adalah sesuatu yang positif kerana ia sepatutnya tidak begitu rumit, (Datuk) Lee Chong Wei sudah berulang kali menyatakan dia ingin sentuhan jurulatihnya, manakala BAM pula sudah sebulat suara memberi restu kepadanya untuk kembali, jadi apa yang membuat ia begitu sukar ?.

“Di pihak BAM, kami sudah beralah, mahu mengatur pertemuan dan bersedia mempertimbangkan permintaannya, tetapi jika penyelesaian masih tidak berlaku, maka anda tidak patut bertanya kepada kami mengapa, sebaliknya anda tanya kepada Misbun apa yang beliau mahukan.

“Pada saya ia mudah, sekarang semuanya terpulang kepada Misbun untuk membuat keputusan dan menyatakan dengan jelas apa sebenarnya yang dimahukan. Kami tidak boleh buat apa-apa lagi kerana kami sudah melakukan segala yang perlu,” ujar James.

Misbun menggemparkan badminton tanah air apabila menyerah surat perletakan jawatan sebagai jurulatih kebangsaan pada 31 Disember lalu. Antara yang mendorong tindakannya adalah kerana tidak gembira dengan beberapa individu di dalam BAM, terutama selepas anaknya, Misbun Ramdan Misbun tidak lagi dibenarkan berada di bawah pengawasannya dalam struktur kejurulatihan baru.

BAM pada mesyuarat exco dan majlisnya bulan lalu bagaimanapun bersetuju untuk mempertimbangkan beberapa permintaan jurulatih itu asalkan beliau kembali ke pangkuan skuad kebangsaan kerana tidak mahu persiapan jaguh No. 1 dunia, Chong Wei untuk menghadapi Sukan Olimpik 2012 terjejas.

Malah, Nadzmi sendiri pada 26 Januari lalu mengatur pertemuan hati ke hati dengan jurulatih berpengalaman itu untuk mendengar sendiri luahan hatinya, dan beliau menyifatkan pertemuan tersebut sebagai ‘amat positif’. Beliau juga menjangkakan satu keputusan yang baik bakal dicapai dalam tempoh terdekat.

“Saya memang harap perkara ini tidak berlanjutan kerana ia sudah mengambil masa yang lama, jika ia selesai sekarang kita boleh sama-sama memberi tumpuan kepada persiapan Road to London 2012,” ujar James.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share lerr....

Subscribe / Share

adminsukan tagged this post with: , , Read 195 articles by

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL