About admin

Blogger yang minat dengan berita sukan terkini, sukan tanahair dan sukan luar negara.
Website:
admin has written 195 articles so far, you can find them below.


Pemain dapat rm50 K lagi!! Kemenangan Piala AFF 2010!!

REZEKI barisan 22 pemain yang membawa Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 pada 29 Disember lalu terus bertambah.

Semalam, kesemua 22 pemain itu serta ketua jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menerima RM50,000 setiap seorang daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai ganjaran menjulang trofi terunggul Asia Tenggara itu buat kali pertama selepas 14 tahun.

Ganjaran tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pada satu majlis khas yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

“Saya cukup gembira kerana selepas berjaya memenangi pingat emas Sukan SEA 2009, kita berjaya pula menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 setelah menanti selama 14 tahun.

“Para pemain telah memberi sepenuh jiwa raga mereka untuk memenangi piala ini. Kita semua patut berasa bangga dengan kejayaan ini,” titah Sultan Ahmad Shah ketika ditemui selepas majlis tersebut. (more…)

Pelumba basikal negara, Rizal sumbang emas buat negara

mohd rizal tisin, rizal sumbang emas buat negara, pelumba basikal, lumba basikal 2011PELUMBA kelas dunia, Mohd Rizal Tisin menghadiahkan emas pertama buat Malaysia apabila muncul juara menerusi acara kegemarannya 1 kilometer ujian masa (1km ITT) pada Kejohanan Lumba Basikal Asia 2011 (ACC 2011) di Velodrom Hari Ulang Tahun Ke-80 Raja Thailand, semalam. (more…)

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL