![]()
PEMAIN badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir untuk bergelar juara Kejohanan Siri Super Terbuka Hong Kong.Andai mampu menggenggam gelaran, ia akan menjadi koleksi kejuaraan kelapan jaguh negara itu dalam Kejohanan Siri Super tahun ini.
Selepas tampil bergaya dengan muncul juara pada Terbuka Korea Selatan, Terbuka Malaysia, Seluruh England, Terbuka Macau dan Terbuka Jepun, Chong Wei kini semakin hampir untuk merealisasikan impiannya itu.
Semalam, Chong Wei mudah mengetepikan cabaran pemain Vietnam, Tien Minh Nguyen 21-14, 21-17 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Queen Elizabeth, Hong Kong. (more…)

