About admin

Blogger yang minat dengan berita sukan terkini, sukan tanahair dan sukan luar negara.
Website:
admin has written 195 articles so far, you can find them below.


Safee Sali sarung jersi Pelita Jaya!

PETALING JAYA – Bukan Persib Bandung, sebaliknya Pelita Jaya menjadi pilihan penyerang kebangsaan dan Selangor, Safee Sali yang akan beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) mulai 7 Mac ini.

Apa jua kelab yang menjadi pilihan Safee, pemergian pemuda kelahiran Kajang itu ke Indonesia juga dianggap sebagai detik bersejarah kepada bola sepak tempatan kerana dia menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di negara jiran itu.

Dengan kontrak selama setahun yang akan berakhir pada 31 Disember 2011, Safee akan berangkat ke Jakarta pada 14 Februari ini dan bakal memakai jersi bernombor 10 selaku penyerang utama kelab Pelita.

Perpindahan Safee telah diumumkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad pada sidang media di pejabat FAS, Kelana Jaya, semalam. (more…)

Azlan Juara skuasy Blunose Classic, kalahkan pemain Mesir

azlan, azlan player squash, azlan handsome,

7 Feb. Tahniah diucapkan buat Pemain skuasy lelaki nombor satu Malaysia Mohd Azlan Iskandar muncul juara pada kejohanan skuasy Blunose Classic di Nova Scotia, Kanada dengan mengalahkan pemain Mesir Hisham Ashour. Pada perlawanan akhir kejohanan itu, Mohd Azlan mengatasi Hisham dengan 11-8, 8-11, 11-9 dan 11-7 dalam permainan yang mengambil masa 53 minit. (more…)

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL