Adebayor mahu tinggalkan City untuk Juventus

Aku nak blah la..huhu

Adebayor mahu tinggalkan City untuk Juventus

LONDON – Penyerang Togo, Emmanuel Adebayor semalam mengesahkan, dia mahu meninggalkan Manchester City untuk menyertai gergasi bola sepak Itali, Juventus.

Adebayor, yang selama ini berjaya bertahan mengharungi musim pertama yang sukar di City selepas perpindahannya dari Arsenal berkata, dia mahu meninggalkan Liga Perdana untuk bermain di Serie A.

Kenyataan Adebayor ini pastinya mengejutkan City, yang sebelum ini sanggup menyerahkan jersi No. 9 kepada pemain berusia 26 tahun itu untuk musim baru dengan harapan dia akan kekal di Eastlands.

Bagaimanapun tindakan City untuk cuba memikat bintang penyerang Inter Milan, Mario Balotelli bagi digandingkan dengan Carlos Tevez di bahagian serangan membuatkan Adebayor berasakan dia tidak lagi diperlukan dalam pelan pengurus, Roberto Mancini.

“Juventus adalah kelab hebat yang mana saya mahu beraksi. Selama ini saya tidak menerima tawaran pasukan lain kerana saya sentiasa mahu menyarung jersi City dan mengharungi musim yang lebih baik bersama pasukan ini.

“Bagaimanapun saya mulai sedar bahawa saya mungkin tidak mempunyai banyak peluang bermain jika terus berada di sini, jadi saya mempertimbangkan tawaran lain yang saya terima,” kata Adebayor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share lerr....

Subscribe / Share

adminsukan tagged this post with: , Read 195 articles by

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

Kami di facebook

Categories

Daftar hosting di DataKL